BALAI KARTUN ROSSEM

BALAI KARTUN ROSSEM PERINGAT, KELANTAN

Balai Kartun Rossem merupakan muzium mini kartun yang terletak di Lot 1976, Peringat, Kota Bharu. Balai ini dibina melalui hasil titik peluh Encik Rosidi Semail dan juga sokongan kerajaan negeri. Balai ini merupakan balai kartun pertama yang dibina di Malaysia pada waktu itu. Balai Kartun Rossem menjadi tempat simpanan komik lama dan buku seawal era sebelum merdeka. Di samping itu, balai ini mengumpul dan menyimpan lebih 1000 komik, majalah kartun dan buku karya Rossem mahupun kartunis lain. Karya istimewa yang terdapat di balai tersebut iaitu komik tulisan jawi hasil karya pelukis tersohor tahun 1990 an iaitu Allahyarham Saidin Yahya yang menjadi tarikan utama di balai tersebut.

Rossem atau nama sebenarnya Rosidi Semail dilahirkan pada tahun 3 Ogos 1948 di Kampung Peringat, Kota Bharu Kelantan. Beliau mula berjinak dengan lukisan kartun secara serius pada tahun 1970 an. Politik dan peperangan merupakan isu yang sering menjadi tumpuan Encik Rosidi Semail untuk dikartunkan. Bakat beliau dan kartunis-kartunis lain mula digilap melalui Majalah Filem. Antara karya- karya Rossem yang sangat dikenali ialah Konstabel Jabit, yang tersiar di akhbar Utusan Malaysia dari tahun 1978. Beliau pernah menghasilkan karya kartun untuk akhbar Utusan Malaysia, akhbar The Sun dan Majalah Gila- Gila. Setiap karya yang dihasilkan oleh Encik Rosidi Semail mempunyai mesej yang tersendiri.

KARYA YANG TERDAPAT DI BALAI KARTUN ROSSEM

Koleksi karya kartun dari zaman sebelum merdeka
KOLEKSI MUTIARA KATA YANG TERDAPAT DI BALAI KARTUN ROSSEM
KOMIK DAN MAJALAH YANG DIKUMPUL DAN DIPAMERKAN DI BALAI KARTUN ROSSEM
ANTARA KARYA LUKISAN DARIPADA PELUKIS LUAR NEGARA
ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH ENCIK ROSIDI SEMAIL

Published by APA PRODUCTION

CONDUCT BY THREE PERSON : FARAH, JANNAH, SHAHIR

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started